(i) Anda mempunyai hak perlindungan data peribadi berikut yang boleh digunakan pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui butiran perhubungan yang dipaparkan di Laman kami atau e-mel kepada kami di helpdesk@signingcloud.com, antara 09:00 dan 18:00 (waktu Malaysia), Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum di Malaysia:
- hak untuk mengakses data peribadi anda;
- hak untuk mengemaskini dan memperbetul data peribadi anda; dan
- hak untuk mengehad pemprosesan data peribadi anda yang disimpan oleh kami seperti menghalang kami daripada memproses data peribadi anda yang mungkin akan menyebabkan kerosakan atau distres atau untuk tujuan pemasaran secara langsung. Namun demikian, sila ambil perhatian kesan (seperti yang diperuntukkan selepas ini) daripada pengehadan tersebut.
(ii) Kami berusaha untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan mengenai anda adalah tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Oleh itu, data peribadi yang anda berikan kepada kami hendaklah, setakat yang munasabah dapat dilaksanakan, tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Jika pada bila-bila masa, anda percaya bahawa mana-mana data peribadi anda yang disimpan oleh kami tidak tepat, lengkap, terkini dan adalah mengelirukan, sila maklumkan kepada kami dengan data yang betul, lengkap dan tepat melalui butiran hubungan yang dipaparkan di Laman kami atau e-mel kepada kami di support@securemetric.com.
(iii) Sila maklum bahawa kami boleh, atas sebab-sebab yang munasabah, menafi permintaan anda untuk mengakses, mengemaskini dan/atau memperbetul data peribadi anda. Sebab-sebab yang munasabah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
- kami mengesyaki berlakunya pencurian identiti di mana kami tidak dapat mengenalpasti dan mengesah bahawa anda adalah individu yang merupakan subjek data peribadi tersebut;
- ia akan menjejaskan hak privasi orang lain;
- permintaan tersebut terlalu remeh atau tanpa merit;
- anda tidak dapat memenuhi permintaan kami untuk memberi kami maklumat lanjut dan dokumen sokongan sebelum kami boleh memenuhi permintaan anda;
- kami tidak berpuas hati bahawa data peribadi yang berkaitan dengan permintaan pembetulan data peribadi adalah tidak tepat, tidak lengkap, tidak terkini atau mengelirukan;
- kami tidak berpuas hati bahawa pembetulan yang menjadi subjek permintaan pembetulan data peribadi adalah tepat, lengkap, terkini atau tidak mengelirukan; dan
- persetujuan permintaan tersebut akan melanggar mana-mana perintah mahkamah atau mana-mana undang-undang lain yang terpakai.
(iv) Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda tepat pada masanya, tidak lewat daripada dua puluh satu (21) hari daripada tarikh kami menerima permintaan tersebut. Kami akan memaklumkan anda apabila permintaan anda telah dipenuhi. Walaubagaimanapun, jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, kami akan memaklumkan anda sebab-sebab dalam tempoh masa yang sama atau jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda dalam tempoh masa tersebut, kami akan memaklumkan anda mengenai sebab-sebabnya dan memenuhi permintaan anda tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas tempoh masa pertama yang disebutkan tamat.